Blog ini penuh dengan tipu muslihat

Tidak sesuai dilayari untuk mereka yang jujur, cekap dan amanah

Kesian kucing tu

Kucing tu takder kena mengena dengan blog ni.

Mesti tabah apabila ditipu

Tunjukkan gaya yang cool dan macho apabila ditipu.

Jangan cepat marah

Sebab muka anda takkan hensem ataupun ayu jika tengah marah

Sparta ?

Ntah aku pun tak kenal dengan polis-polis tu.

Friday, 7 December 2012

50 jelitawan berdarah yahudi yang patut anda kenali

Saban hari kita mendengar perilaku kejam kaum yahudi yang menindas dan menyembelih penduduk Palestin. Kebencian Zionis Laknatullah terhadap umat Islam tidak pernah padam. Sebagai kaum yang dianugerahkan kebijaksanaan, mereka berjaya menguasai dunia yang menjadikan Presiden Amerika yang silih berganti sebagai anjing yang boleh diarah sesuka hati. Dalam diam-diam, produk mereka menyelinap masuk dan diguna pakai oleh umat Islam sendiri.

Jelak dan bosan mendengar cerita sedih yang menimpa saudara kita disana, maka terciptalah "musim" memboikot produk kaum yang bijak ini sedangkan kita hanya ditertawakan oleh Shimon Peres. Kita juga mula berhimpun, membantah dan berdemontrasi di jalanan sambil membakar bendera zionis yang kita buat dan beli dengan duit kita sendiri yang kemudiannya terpaksa pula disapu oleh DBKL atau Majlis Perbandaran. Disini kita lihat pelbagai parti politik bersatu dan melupakan seketika permusuhan politik yang telah wujud sekian lama.

Genjatan demi genjatan senjata dibuat. Hanya selepas beberapa hari, kita akan mendengar peluru berpandu dan bom akan saling menziarahi kedua-dua sempadan tanpa bermaaf-maafan dan ucapan salam.

Kita semua sudah sedia maklum mengenai produk-produk Israel yang kita jamah dan digunakan sebagai barangan harian. Apa kata kita langkaukan pula pengetahuan kepada halwa mata kaum Adam pula.

1. Lizzy Caplan











Dilahirkan di Los Angeles pada 30 Jun 1982. Popular menerusi filem/drama Mean Girl dan True Blood.

2. Amanda Peet











Dilahirkan di New York pada 11 January 1972. Popular menerusi filem/drama Jack & Jill.

3.Gwyneth Paltrow











 Dilahirkan di Los Angeles pada 27 September 1972. Popular menerusi filem/drama Se7en dan Ironman.

 4.Susanna Hoffs











Dilahirkan di Los Angeles pada 17 Januari 1959. Merupakan gitaris dan vokalis untuk kumpulan The Bangles.

5.Noa Tishby











Dilahirkan di Tel Aviv pada 22 Mei 1977.  Popular menerusi filem/drama CSI:Miami, CSI:NY, Nip/Tuck, The 4400, Las Vegas, dan Star Trek: Enterprise.

6. Rachel Bilson











Dilahirkan di Los Angeles pada 25 Ogos 1981. Popular menerusi filem/drama Buffy The Vampire Slayer dan Jumper.

7. Helena Bonham Carter











Dilahirkan di London pada 26 Mei 1966. Popular menerusi filem/drama Planet of The apes dan Fight Club.

8. Alyson Hannigan











Dilahirkan di Washington pada 24 Mac 1974. Popular menerusi filem/drama Buffy the Vampire Slayer, American Pie dan How I Met Your Mother.

9. Amanda Bynes











 Dilahirkan di California pada 3 April 1986. Popular menerusi filem/drama The Amanda Show, Hairspray, Sydney White dan Making you feel dirty.

10. Kate Hudson









Dilahirkan di Los Angeles pada 19 April 1979. Popular menerusi filem/drama How to Lose a Guy in 10 Days, Raising Helen dan Bride Wars.

11. Emmy Rossum











Dilahirkan di New York pada 12 September 1986. Popular menerusi filem/drama Mystic River, The Day After Tomorrow, The Phantom Of The Opera dan Poseidon.

12.Debra Winger











Dilahirkan di Amerika pada 16 Mei 1955. Popular menerusi drama Wonder Girl pada tahun 1976.

13. Alona Tal











Dilahirkan di Herzliya, Israel pada 20 Oktober 1983. Popular menerusi  drama/filem Veronica Mars dan Supernatural.

14. Bahar Soomekh














Dilahirkan di Tehran, Iran pada  30 Mac 1975. Popular menerusi filem/drama Crash, Syriana, Mission Impossible 3 dan Saw 3.

15. Jamie-Lynn Sigler











Dilahirkan di New York pada 15 Mei 1981. Popular menerusi Drama The Sopranos.

16. Gina Gershon









Dilahirkan di Los Angeles pada 10 Jun 1962. Popular menerusi filem/drama Cocktail, Showgirls, Bound, Faceoff dan P.S. I Love You.

17. Ione Skye








Dilahirkan di Hertfordshire, England pada 4 September 1970. Popular menerusi filem/drama Say Anything.. (1989) dan River's Edge (1986).

18. Yael Bar Zohar








Dilahirkan di Tel Aviv, Israel pada 29 Januari 1980. Tak berapa popular sebab hanya menjadi pelakon dan model di negara haramnya.

19. Brooke Burke









Dilahirkan di Hartford, Connecticut pada 8 September 1971. Menjadi hos untuk rancangan E! network. Pada tahun 2005 dan 2006, dia menjadi hos pula untuk rancangan realiti TV terbitan CBS iaitu Rock Star.

20. Mia Kirshner







Dilahirkan di Toronto, Ontario, Canada pada 25 Januari 1975. Popular menerusi filem/drama 24, Not Another Teen Movie dan The Crow: City of Angels. Dia juga merupakan cucu kepada salah seorang yang terselamat dalam peristiwa pembunuhan Holocaust oleh pihak Nazi dimana bapanya telah dilahirkan di kem tahanan Jerman pada tahun 1946.

21. Cindy Margolis











Dilahirkan di Los Angeles, California pada 1 Oktober 1965. Mula popular menerusi internet dari tahun 1996 sehingga 1999. Pernah tersenarai dalam Guinness Book of World Records kerana memiliki hasil carian dan muat turun tertinggi pada tahun 1999 oleh peminatnya. Menerusi temuramah oleh majalah Playboy, kerjayanya bermula apabila dia meletakkan gambarnya yang hanya mengenakan pakaian dalam untuk satu projek oleh California State University. Bermula dari situ, dia kemudiannya menjadi model untuk jenama besar diantaranya ialah Reebok, Vidal Sassoon, Coors, Frederick's of Hollywood, Hanes, dan Sunkist. Dia juga pernah muncul untuk filem Austin Powers: International Man of Mystery.

22. Jennifer Jason Leigh











Dilahirkan di Hollywood pada 5 Februari 1962. Popular menerusi drama/filem Fast Times at Ridgemont High, The Hudsucker Proxy, Single White Female, Last Exit to Brooklyn, Georgia dan Short Cuts.

23. Carrie Fisher







Dilahirkan di Beverly Hills pada 21 Oktober 1956. Popular sebagai Princess Leia menerusi filem StarWars dan turut membintangi Family Guy.

24. Maggie Gyllenhaal











Dilahirkan di New York pada 16 November 1977. Popular menerusi drama/filem Donnie Darko, Secretary, Trust The Man, World Trade Centre dan The Dark Knight. Merupakan anak kepada pengarah Stephen Gyllenhaal dan kakak kepada pelakon Jake Gyllenhaal.

25. Lisa Bonet











Dilahirkan di San Francisco pada 16 November 1967. Popular menerusi drama/filem The Cosby Show, A Different World, Angel Heart, Enemy Of The State, High Fidelity dan Biker Boyz.

26. Jenny Lewis











Dilahirkan di Las Vegas, Nevada pada 8 Januari 1976. Merupakan vokalis kumpulan rock indie Rilo Kiley. Pernah membintangi sitkom Life With Lucy (1986), berperanan kecil menerusi The New Twilight Zone, Baywatch, The Golden Girls, Growing Pains, Just the Ten of Us, Roseanne, Mr. Belvedere, dan Brooklyn Bridge.

27. Regina Spektor








Dilahirkan di Moscow, Russia pada 18 Februari 1980. Merupakan penyanyi, penulis lagu dan pemain piano.

28. Isla Fisher









Dilahirkan di Muscat, Oman pada 3 Februari 1976. Popular sebagai Mary Jane menerusi filem Scooby-Doo.

29. Rachel Weisz






Dilahirkan di London, United Kingdom pada 7 Mac 1970. Popular menerusi drama/filem Death Machine, Chain Reaction, The Mummy, Enemy At The Gates dan Constantine.

30. Sarah Silverman











Dilahirkan di Manchester, New Hampshire, U.S pada 1 Disember 1970. Pernah menjadi pelakon undangan dalam Seinfeld, Star Trek: Voyager dan watak kecil dalam filem There's Something About Mary, Say It Isn't So, School of Rock, The Way of the Gun, Overnight Delivery, Screwed, Heartbreakers, Evolution, School for Scoundrels, dan Rent. Terkenal sebagai seorang yang bermulut laser juga.

31. Elizabeth Banks








Dilahirkan di Pittsfield, Massachusetts, U.S. pada 10 Februari 1974. Tidak pernah bekerja di bank tetapi pernah membintangi filem seperti Seabiscuit, The 40-Year-Old Virgin, Invincible, Definitely, Maybe, Zack and Miri Make a Porno, W., Role Models, Wet Hot American Summer, The Uninvited, The Hunger Games, People Like Us, and Pitch Perfect.

32. Selma Blair









Dilahirkan di Southfield, Michigan, U.S. pada 23 Jun 1972. Walaupun tiada pertalian darah, Selma Blair dan Tony Blair saling mengenali antara satu sama lain. Antara filem/drama yang mempopularkannya ialah Cruel Intention, Hellboy ( membawa watak sebagai Liz Sherman yang boleh mengeluarkan api warna biru ), Legally Blonde, The Sweetest Thing, The Fog dan Purple Violets.

33. Phoebe Cates











Dilahirkan di New York, Amerika pada 16 Julai 1963. Selepas menamatkan karier dalam bidang modeling, dia mula menempa nama dalam bidang lakonan menerusi filem Paradise (1982), dia kemudiannya membintangi pula Fast Times at Ridgemont High, diikuti dengan Private School, Gremlin dan Drop Dead Fred. Dia juga merupakan isteri kepada pelakon Kevin Klein.

34. Jennifer Connelly











Dilahirkan di New York pada 12 Disember 1970. Dengan menatap matanya sahaja boleh membuatkan Incredible Hulk menjadi putih kemerah-merahan semula. Dia mula menempa nama sebagai model kanak-kanak sebelum popular menerusi filem pada tahun 1984, Once Upon a Time in America. Ini diikuti dengan Labyrinth, Dark City, Requiem for a Dream, Hulk, Dark Water, Blood Diamond dan The Day the Earth Stood Still.

35. Bar Refaeli











Dilahirkan di Hod HaSharon, Israel pada 4 Jun 1985. Memulakan karier sebagai model pada umur 8 bulan untuk iklan bayi. Dia juga merupakan model Israel pertama yang keluar dalam majalah Sports Illustrated untuk tahun 2007. Dia juga turut membintangi beberapa filem/drama untuk negaranya. Pernah mempunyai hubungan dengan Leonardo DiCaprio pada November 2005.

36. Mila Kunis











Dilahirkan di Soviet Union pada 14 Ogos 1983. Mula dikenali menerusi filem Forgetting Sarah Marshall, Max Payne, The Book Of Eli, Friends with Benefits dan Ted.

 37. Rashida Jones











Dilahirkan di California pada 25 Februari 1976. Antara filem terbaru lakonannya ialah, Friends With Benefits, The Big Year, The Muppets dan Our Idiot Brother.

38. Sarah Michelle Gellar











Dilahirkan di New York pada 14 April 1977. Kariernya sebagai pelakon mula menyinar selepas membintangi filem seram I Know What You Did Last Summer dan Scream 2. Dia juga turut berlakon dalam drama TV Buffy the Vampire Slayer. Antara filem dan drama lain yang dibintanginya ialah, Cruel Intentions, Scooby-Doo (2002), Scooby-Doo 2: Monsters Unleashed (2004) dan The Grudge.

39. Emmanuelle Chriqui











Dilahirkan di Montreal, Quebec, Canada pada 10 Disember 1977. Pernah membintangi filem You Don't Mess with the Zohan. Dia juga merupakan penyumbang untuk suara Cheetara dalam rancangan kartun kegemaran aku masa 'dark school', Thundercat Hoo.. Oh malunya beta..

40. Scarlett Johannson











Dilahirkan di New York pada 22 November 1984. Popular sebagai Black Widow/Natasha Romanoff  dalam filem Ironman 2 dan The Avengers.

41. Natalie Portman











Dilahirkan di Jerusalem, Israel pada 9 Jun 1981. Mempunyai 2 kerakyatan iaitu Amerika dan Israel. Pernah membintangi filem antaranya, Closer, V for Vandetta, Goya's Ghosts, The Other Boleyn Girl dan Eve.

42. Winona Ryder











Dilahirkan di Minnesota, Amerika pada 29 Oktober 1971. Pemilik nama asal Winona Laura Horowitz ini memulakan karier lakonannya dengan menghantar video audition untuk filem Desert Bloom. Walaupun tidak mendapat sebarang watak, penulis yang juga pengarah filem tersebut dapat melihat potensinya sebagai pelakon dan memasukkannya untuk filem yang berikutnya bertajuk Lucas. Dia mula diberi kepercayaan untuk berlakon pula dalam Square Dance. Meskipun mendapat pujian untuk kedua-dua filem ini, ia masih tidak dapat melonjakkan popularitinya. Filem seterusnya Beetlejuice mendapat komen positif daripada para pengkritik filem. Kariernya terus berkembang dan dapat membintangi beberapa lagi filem seperti Heathers, Great Balls of Fire, Edward Scissorhands, The Age of Innocence, The Crucible dan Alien Resurrection.
Pernah bercinta dengan Johnny Depp dan pernah juga mendapat liputan meluas media kerana ditahan polis akibat mencuri pada tahun 2001.

43. Charlotte Gainsbourg











Dilahirkan di London, England pada 21 Julai 1971. Dia merupakan seorang pelakon dan juga penyanyi. Salah satu lagu yang dinyanyikannya ialah Lemon Incest. Dia pernah membintangi filem Jane Eyre, The Science of Sleep, Antichrist, dan Melancholia.

44. Paula Abdul





.





Dilahirkan di California pada 19 Jun 1962. Di awal kariernya, dia telah dijemput untuk menjadi guru tari oleh salah seorang ahli kumpulan The Jacksons. Dia juga merupakan juri untuk American Idol selama 8 tahun yang mana wabak rancangan tersebut turut merebak ke Malaysia yang dikenali sebagai Akademi Fantasia...

45. Ashley Tisdale











Dilahirkan di New Jersey, Amerika pada 2 Julai 1985. Merupakan penyanyi dan pelakon. Pernah menyumbangkan suara untuk An All Dogs Christmas Carol dan A Bug's Life. Pernah berlakon dalam filem Donnie Darko, High School Musical, Aliens in The Attic dan Scary Movie 5.

46. Lisa Loeb








Dilahirkan di Bethesda, Maryland pada 11 Mac 1968. Merupakan penyanyi, penulis lagu dan pelakon. Memulakan karier pada tahun 1994 dengan lagu Stay (I Missed You) yang turut dimuatkan kedalam filem Reality Bites. Dia hanya berperanan kecil sebagai pelakon undangan dalam filem/drama seperti, The Nanny, Gossip Girls, Fright Night dan turut menyumbangkan suara untuk beberapa siri animasi.

47. Amy Winehouse








Dilahirkan di London pada 14 September 1983. Merupakan seorang penyanyi yang bermasalah. Dia gemar bertatu dan menagih dadah. Dia pernah dimasukkan ke hospital akibat pengambilan alkohol, ecstacy, heroin, kokain dan ketamin secara berlebihan. Pada 2007, dia dan pasangannya pernah ditangkap di Norway kerana memiliki 7 gram marijuana.

48. Sarah Jessica Parker











Dilahirkan di Ohio, Amerika pada 25 Mac 1965. Antara filem/drama yang dibintanginya ialah, Honeymoon in Vegas, Striking Distance, Ed Wood, Miami Rhapsody, Mars Attacks! dan Sex and the City.

49. Fran Drescher









Dilahirkan di New York pada 30 September 1957.  Popular menerusi drama/filem The Nanny dan Saturday Night Fever. Pada tahun 1985, 2 orang perompak telah memecah masuk ke dalam kediamannya. Dalam kejadian itu, dia turut dirogol.

50. Alicia Silverstone












Dilahirkan di California pada 4 Oktober 1976. Merupakan pelakon, aktivis haiwan dan juga alam sekitar. Pernah membintangi filem The Crush, Clueless, Batman & Robin dan The Babysitter.